Make your own free website on Tripod.com

PROJEK PENSWASTAAN

PEMBANGUNAN STESEN MINYAK SHELL

Pembangunan seterusnya merujuk kepada Shell Jasin, Jalan Rim di Mukim Jasin. Pembangunan stesen minyak ini di bangunkan di tapak seluas 1/2 hektar telah siap dilaksanakan oleh Syarikat Minyak Shell. Lokasinya adalah strategik yang dikelilingi oleh pembangunan yang pesat. Pada dasarnya, projek ini kelak akan memberi pulangan dalam jangkamasa panjang terutama dari segi kewangan.

PEMBANGUNAN BANDAR JASIN III

Konsep pembangunan yang dicadangkan tersebut adalah merupakan projek perdagangan yang mengandungi 26 unit kedai pejabat 2 tingkat, 19 unit kedai pejabat, 15 unit kedai pejabat 4 tingkat dan satu blok baru perhentian bas/teksi 2 tingkat bagi MDJ di mana pembangunan ini adalah lebih sistematik dan dibangunkan di atas tanah seluas 10 ekar di Bandar jasin secara penswastaan. Prestasi fizikal projek tersebut telah siap 30% dan ia dimajukan mengikut fasa.

Pembangunan ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan lagi perancangan dan meninggikan kemajuan pembangunan di pusat Bandar Jasin dan memperbaiki lalulintas jalanraya yang sedia ada dilengkapi dengan tempat meletak kenderaan yang mencukupi serta menambahkan lagi pendapatan tahunan kepada Majlis Daerah Jasin.

PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN

Kerajaan Persekutuan telah pun mengadakan beberapa projek besar di kawasan Majlis Daerah Jasin. Projek-projek tersebut ialah:

1. Politeknik Merlimau oleh Kemanterian Pendidikan
2. Sekolah Menengah Teknik Jasin oleh Kementerian Pendidikan
3. Persimpangan Bertingkat Lipat Kajang oleh UEM


Perutusan YDP| Selayang Pandang| Fungsi & Matlamat| Ahli-ahli Majlis| Jawatankuasa Majlis|
Undang-undang| Organisasi| Piagam Pelanggan| Jabatan-Jabatan| Aktiviti Jabatan|
Halatuju | Cawangan| Logo | Bunga Rasmi | Lagu |

Menu Utama