Perkhidmatan pemungutan sampah dibuat setiap hari di kawasan komersil / bandar / pekan dan berselang hari di kawasan perumahan atau yang berk aitan.
Memberikan perkhidmatan dan kemudahan asas di semua kawasan di bawah bidang kuasa kami
Perkhidmatan memproses dan memberi keputusan permohonan pelan-pelan akan dibuat dalam tempoh seperti berikut:
Pelan Tatatur - 2 minggu dengan syarat dokumen yang lengkap dan teratur dikemukakan.
Pelan Bangunan Projek Komersil / Perumahan - 8 minggu
Pelan Bangunan Rumah Sesebuah - 4 minggu
Pelan Ubahsuai / Sambungan - 2 minggu
Pelan Kerja Tanah - 4 minggu
Pelan Jalan dan Parit - 4 minggu
Pelan Pembetungan - 4 minggu
Sijil Kesempurnaan Menduduki ( CFO ) akan dikeluarkan dalam tempoh berikut:
Bangunan Sesebuah - 2 minggu dengan syarat memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan.
Projek Perumahan - 2 minggu
Memproses permohonan lesen perniagaan dan akan diberikan keputusan dalam tempoh berikut:
Lesen Perniagaan - 4 minggu dengan syarat dokumen yang lengkap dan teratur dikemukakan.
Lesen Iklan / Papan Iklan - 2 minggu
Lesen Iklan Sementara (Sepanduk) / Kain Rentang - 1 hari
Lesen Perniagaan Sementara - 1 minggu
Lesen Hiburan Sementara - 1 minggu
Bil-bil cukai taksiran harta akan dikeluarkan sebelum 31 Januari untuk tempoh 1/2 tahun pertama dan pada 31 Julai untuk tempoh 1/2 tahun kedua.
Proses pindahmilik akan siap dalam tempoh 1 minggu dengan syarat dokumen yang di hantar adalah lengkap.
Carian Rasmi pegangan harta akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari.