Make your own free website on Tripod.com

PERUTUSAN YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH JASIN




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Halaman Web Majlis Daerah Jasin.

Halaman web membawa Majlis Daerah Jasin (MDJ) selangkah lagi ke hadapan dalam era Teknologi Maklumat (IT) ini, disamping menjadi bukti kami menyahut hasrat kerajaan menubuhkan Kerajaan Elektronik (EG).

MDJ memainkan peranan yang penting dan mempunyai tanggungjawab terhadap pembangunan dan kemajuan Daerah Jasin. Ini termasuklah perkhidmatan kebersihan dan kawalan perniagaan, perancangan pembangunan, penyediaan kemudahan, dan sebagainya. Melalui halaman web ini MDJ akan dapat mengenalkan diri secara lebih dekat dengan pelanggan kami yang terdiri dari orang awam, pihak swasta, jabatan dan agensi kerajaan. Maklumat-maklumat ini memudahkan lagi pelangan berurusan dengan MDJ. Fakta ini beserta dengan kemudahan E-mail yang disediakan bagi penghantaran mesej kepada MDJ, membolehkan kami memberi maklumbalas dengan cepat dan tepat terhadap pertanyaan dan permohonan daripada pelanggan.

Halaman web ini cuma merupakan satu alat. Samada ia akan digunakan dengan baik ataupun sebaliknya bergantung kepada kita sendiri. Sehubungan itu saya menggesa agar semua dapat memanfaatkannya secara maksima demi kepentingan bersama.

Selamat menuju ke alaf baru

Sekian, terima kasih.


HASNAWI BIN SHAHID
Yang DiPertua
MAJLIS DAERAH JASIN


Perutusan YDP| Selayang Pandang| Fungsi & Matlamat| Sistem Pentadbiran dan Pengurusan| Jabatan-jabatan|
Perkhidmatan dan Kemudahan| Perindustrian dan Pelancongan| Aktiviti Jabatan| Aduan|

Menu Utama